Malaysiana...
almost everything about Malaysia and Malaysians

Kemerdekaan Tanah Melayu

Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan pada 1948 telah mencapai kemerdekaan dari penjajahan British pada 31 Ogos 1957. Sebelas negeri Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Negara Malaysia

Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 apabila Persekutuan Tanah Melayu (11 negeri Melayu) bergabung dengan Singapura, Sabah, dan Sarawak. Pada 9 Ogos 1965, Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia untuk menjadi sebuah negara republik. Malaysia kekal dengan 14 buah negeri hingga sekarang.

Hari Malaysia

Hari Malaysia ialah hari memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia yang disambut setiap tahun pada 16 September.

Hari Kebangsaan

Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan ialah pada 31 Ogos 1957 dan disambut oleh rakyat Malaysia pada setiap tahun.

Raja Berperlembagaan

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang mana negara diperintah oleh raja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah sistem pentadbiran Raja Berperlembagaan.

Ketua Negara

Ketua Negara ialah Yang di-Pertuan Agong (Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan) yang memerintah selama lima tahun mengikut giliran dari kalangan sembilan raja-raja Melayu dari sembilan negeri-negeri Melayu (iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu).

Ketua Kerajaan

Ketua Kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri yang dilantik melalui suatu pilihanraya umum (PRU).

Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kuasa eksekutif kepada Perdana Menteri untuk menjalankan pentadbiran negara dengan dibantu oleh barisan kabinet atau jemaah menteri.

Corak Sistem Pemerintahan

Sistem kerajaan Malaysia adalah ala-Westminster iaitu sebuah sistem parlimen kerajaan demokratik yang dimodelkan mengikut acuan kerajaan British (Parlimen United Kingdom) seperti mana yang diikuti oleh kebanyakan negara Komanwel dan bekas negara Komanwel yang lain di dunia.

Dua Bentuk Kerajaan

Ada dua bentuk kerajaan di Malaysia iaitu kerajaan persekutuan (Putrajaya) dan kerajaan negeri (13 kerajaan negeri).

Badan perundangan di peringkat persekutuan ialah Parlimen manakala di peringkat negeri pula ialah Dewan Undangan Negeri (DUN).

Anggota Dewan Rakyat di bawah Parlimen dipilih oleh rakyat Malaysia melalui Pilihanraya Umum (PRU) yang diadakan paling lewat setiap lima tahun sekai. Anggota Dewan Undangan Negeri pula dipilih oleh rakyat negeri masing-masing dalam Pilihanraya Negeri (PRN).

Ketua kerajaan persekutuan ialah Perdana Menteri manakala ketua kerajaan negeri adalah Menteri Besar (di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu) atau Ketua Menteri (di Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak).

Negeri-negeri di Malaysia

Negara Malaysia mempunyai 14 negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya).

Bandar Kuala Lumpur yang pada asalnya adalah dalam negeri Selangor telah dinaiktaraf menjadi sebuah wilayah persekutuan pada 1 Februari 1974.

Bintang 14 bucu dalam bendera Malaysia adalah simbol kepada jumlah 14 negeri-negeri Melayu ini.

Ketua Negeri

Ketua-ketua negeri Melayu ialah selorang Sultan (di Kedah, Perak, Selangor, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu), atau Raja di Perlis, atau Yang Di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan.

Ketua Negeri di empat buah negeri Melayu lain yang tidak mempunyai raja ialah Yang di-Pertua Negeri (sebelum kemerdekaan disebut Gabenor). Empat buah negeri tersebut ialah Pulau Pinang, Melaka, Sabah, dan Sarawak.

Bekas Negeri Malaysia

Singapura pernah menjadi salah sebuah negeri di Malaysia sejak pada 16 September 1963 (hari penubuhan Malaysia). Malangnya pada 9 Ogos 1965, Singapura telah keluar (atau dikeluarkan) dari Persekutuan Malaysia dan menjadi sebuah negara republik.

Nama 'Malaysia'

Walaupun telah mencapai kemerdekaan sejak bulan Ogos 1957, namun Nama 'Malaysia' hanya mula digunakan pada 16 September 1963. Sebelum dari itu kerajaan negeri-negeri Melayu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu (1948-1957). Nama Malaysia tercetus dari ilham Tunku Abdul Rahman.

Malaya

'Malaya' ialah nama yang digunakan oleh British untuk kumpulan negeri-negeri Melayu yang mereka jajah pada suatu masa dahulu. Panggilan Malaya terus kekal dalam sejarah hingga sekarang. Ia merujuk kepada 'negeri orang Melayu (Malays)'.

Nama Tertua Tanah Melayu

Nama Semenanjung Tanah Melayu yang paling tua pernah dicatatkan sejarah ialah Aurea Chersonesus (semenanjung emas) iaitu nama yang diberikan oleh ahli geografi Greco-Roman bernama Ptolemy dalam bukunya Geographia yang ditulis olehnya dalam sekitar tahun 150 Masihi.


Oh Malaysia song

On the shore
beyond the tropical sea
You will stand to welcome me
On the shore
beneath the sky so blue
All my dreams at last will come true

Oh, Malaysia
land of glory
Where I found my heart's true love
In a night so warm and tender
With the moon and stars above

On the shore
beyond the tropical sea
You will stand to welcome me
On the shore
beneath the sky so blue
All my dreams at last will come true

When we parted
life was sadness
And the sun refused to shine
Soon we'll meet in dear Malaysia
You will be forever mine

On the shore
beyond the tropical sea
You will stand to welcome me
On the shore
beneath the sky so blue
All my dreams at last will come true

On the shore
beyond the tropical sea
You will stand to welcome me
On the shore
beneath the sky so blue
All my dreams at last will come true

Lagu nyanyian Anneke Grönloh, 1962

Malaysia terletak di Asia Tenggara dalam benua Asia. Malaysia bersempadan dengan Thailand di utara Semenanjung Malaysia dan dengan Indonesia dan Brunei di Borneo. Malaysia dipisahkan dengan Singapura oleh Selat Tebrau di selatan Semenanjung Malaysia.

Bendera Malaysia mempunyai empat warna (biru, kuning, merah, putih) dan mempunyai simbol bulan sabit, bintang 14 buju, petak empat segi bujur, dan 14 jalur melintang, dan diberi nama Jalur Gemilang (pada 31 Ogos 1997). Rekabentuk bendera Malaysia adalah rekaan seorang arkitek berumur 29 tahun bernama Mohamad Hamzah yang memenangi pertandingan mencipta bendera Malaysia dalam tahun 1963.

Haiwan kebangsaan Malaysia ialah harimau belang (Harimau Malaya) iaitu subspesies harimau yang hanya ada di Semenanjung Malaysia

Burung kebangsaan Malaysia ialah burung kenyalang (Rhinoceros Hornbill)

Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan kaya dengan budaya

Kalendar Masyarakat Malaysia 2023

  • 1 Januari (Ahad) - Sambutan Tahun Baru 2023. Cuti Umum Persekutuan.

  • 14 Januari (Sabtu) - Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Cuti Umum di Negeri Sembilan sahaja.

  • 22-23 Januari (Ahad, Isnin) - Tahun Baru Cina. Cuti Umum Persekutuan.

  • 1 Februari (Rabu) - Hari Wilayah Persekutuan. Cuti Umum di KL, Labuan, dan Putrajaya sahaja.

  • 5 Februari (Ahad) - Thaipusam. Cuti Umum di Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Putrajaya sahaja.

  • 18 Februari (Sabtu) - Israk Mikraj. Cuti Umum di Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis sahaja.

  • 4 Mac (Sabtu) - Ulang tahun pertabalan Sultan Terengganu. Cuti Umum di Terangganu sahaja.

  • 23 Mac (Khamis) - Hari Keputeraan Sultan Johor. Cuti Umum di Johor sahaja.

  • 23 Mac (Khamis) - Awal Ramadan Cuti Umum di Johor, Kedah dan Melaka sahaja.

  • 7 April (Jumaat) - Good Friday Cuti Umum di Sabah dan Sarawak sahaja.

  • 8 April (Sabtu) - Nuzul Quran. Cuti Umum di Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu sahaja.

  • 15 April (Sabtu) - Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah. Cuti Umum di Melaka.

  • 22-23 April (Sabtu, Ahad) - Idul Fitri (Hari Raya Puasa). Cuti Umum Persekutuan.

  • 26 April (Rabu) - Hari Keputeraan Sultan Terengganu. Cuti Umum di Terengganu.

  • 1 Mei (Isnin)- Hari Pekerja. Cuti Umum Persekutuan.

  • 4 Mei (Khamis) - Hari Wesak. Cuti Umum Persekutuan.

  • 17 Mei (Rabu) - Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis. Cuti Umum di Perlis sahaja.

  • 22 Mei (Isnin) - Hari Hol Pahang. Cuti Umum di Pahang sahaja.

  • 30-31 Mei (Selasa, Rabu) - Pesta Menuai. Cuti Umum di Sabah dan WP Labuan.

  • 1-2 Jun (Khamis, Jumaat) - Hari Gawai. Cuti Umum di Sarawak sahaja.

  • 5 Jun (Isnin) - Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong. Cuti Umum Persekutuan.

  • 18 Jun (Ahad) - Hari Keputeraan Sultan Kedah. Cuti Umum di Kedah sahaja.

  • 28 Jun (Rabu) - Hari Arafah. Cuti Umum di Terengganu.

  • 29-30 Jun (Khamis, Jumaat) - Hari Raya Haji. Hari Raya kedua adalah Cuti Am di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu sahaja.

  • 7 Julai (Jumaat) - Hari Perisytiharan Tapak Warisan Dunia. Cuti Umum di Pulau Pinang sahaja.

  • 8 Julai (Sabtu) - Ulang Tahun Kelahiran Yang Di-Pertua Pulau Pinang. Cuti Umum di Pulau Pinang.

  • 19 Julai (Rabu) - Awal Muharram (Maal Hijrah). Cuti Umum Persekutuan.

  • 22 Julai (Sabtu) - Hari Kemerdekaan Sarawak. Cuti Umum di Sarawak sahaja.

  • 30 Julai (Ahad) - Hari Keputeraan Sultan Pahang. Cuti Umum di Pahang.

  • 23 Ogos (Rabu) - Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar. Cuti Umum di Johor.

  • 24 Ogos (Khamis) - Ulang Tahun Kelahiran Yang Di-Pertua Negeri Melaka. Cuti Umum di Melaka sahaja.

  • 31 Ogos (Khamis) - Sambutan Hari Kebangsaan (Kemerdekaan). Cuti Umum Persekutuan.

  • 16 September (Sabtu) - Hari Malaysia. Cuti Umum Persekutuan.

  • 28 September (Khamis) - Maulidur Rasul. Cuti Umum Persekutuan.

  • 7 Oktober (Sabtu) - Ulang Tahun Kelahiran Yang Di-Pertua Negeri Sabah. Cuti Umum di Sabah sahaja.

  • 14 Oktober (Sabtu) - Ulang Tahun Kelahiran Yang Di-Pertua Negeri Sarawak. Cuti Umum di Sarawak sahaja.

  • 3 November (Jumaat) - Hari Keputeraan Sultan Perak. Cuti Umum di Perak.

  • 11-12 November (Sabtu, Ahad) - Hari Keputeraan Sultan Kelantan. Cuti Umum di Kelantan sahaja.

  • 12 November (Ahad) - Deepavali. Cuti Umum di semua negeri kecuali Sarawak.

  • 11 Disember (Isnin) - Hari Keputeraan Sultan Selangor. Cuti Umum di Selangor sahaja.

  • 25 Disember (Isnin) - Hari Krismas. Cuti Umum Persekutuan.


Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya (Hibiscus rosasinensis) berwarna merah


Jata Negara yang merupakan lambang rasmi negara yang juga menjadi lambang kedaulatan negara dan identiti Malaysia.

Ibu negara Malaysia

Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur

Agama Rasmi

Islam adalah agama rasmi Persekutuan (Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan).

Bahasa Rasmi

Bahasa rasmi Malaysia (bahasa kebangsaan) ialah Bahasa Melayu seperti mana yang diperuntukkan oleh Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Lagu Kebangsaan

Lagu kebangsaan Malaysia ialah Negaraku.

Motto Negara

Motto Malaysia ialah
'Bersekutu Bertambah Mutu'

Mata Wang

Mata wang Malaysia ialah Ringgit Malaysia (RM). Nilai wang kertas Malaysia ialah RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. Wang syiling Malaysia adalah dalam nilai 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Zon Masa

Zon masa antarabangsa Malaysia ialah GMT +8. Waktu tempatan di Malaysia adalah lebih awal 5 jam dari waktu di Mekah dan lambat 8 jam dari waktu di London.

Kod ISO

Kod ISO 3166 Malaysia adalah My.

Kod Telefon

Kod telefon antarabangsa Malaysia ialah +60.

Internet

Domain Peringkat Tertinggi (TLD) ialah .my

Penduduk Malaysia

Penduduk Malaysia adalah seramai 33.7 juta orang (Sumber: countrymeters). Penduduk lelaki (50.7%) adalah lebih ramai dari wanita (49.3%). Terdapat 1,557 kelahiran baru dan 445 kematian pada setiap hari. Jumlah penduduk Malaysia semasa kemerdekaan 1957 ialah seramai 7,352,720 sahaja.

Keluasan Malaysia

Luas Malaysia adalah 329,847 km persegi iaitu yang ke-65 di dunia (kecil sedikit dari Finland dan besar sedikit dari Vietnam).

Tapak Warisan Dunia

UNESCO mengiktiraf lima tapak warisan dunia di Malaysia iaitu Melaka, George Town, Taman Negara Kinabalu Sabah, Lembah Lenggong, dan Gunung Mulu National Park
web counter